mila kunis kehilangan 20 pound dalam tempoh lima bulan sebagai persediaan untuk watak lily, seorang penari ballerina dalam filem ‘black swan’.
tahukah anda, nama pekan paling panjang di united kingdom adalah ‘llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch’ di pulau anglesey, di wales.
manakala nama bukit paling panjang adalah ‘taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu’ di hawke’s bay, di new zealand.
tahukah anda, serangga tiphiidae (atau penyengat bunga) betina tidak memiliki kepak. ia mencari mangsa seperti larva kumbang & cengkerik. ia melumpuhkan mangsa dengan sengatnya dan bertelur di atasnya bagi membolehkan larvanya mendapatkan bekalan makanan.
hai. tahukah anda, sekiranya telefon bimbit anda dimasuki air, anda boleh menimbunkannya dengan beras untuk mengeringkannya.
hai. tahukah anda, pemilihan watak lora/yori dalam filem tron adalah berdasarkan kebolehan pelakon mengeja “chrysanthemum”.
anda boleh menggunakan enjin carian duckduckgo bagi mendapatkan jawapan terus tanpa perlu meneliti setiap jawapan yang disenaraikan.
tahukah anda, menaip “what time it is” di enjin carian google akan memberikan waktu berdasarkan alamat ip anda.
tahukah anda, spesis marsupial tasmanian devil (juga dikenali menerusi siri kartun looney tunes) diancam serangan ‘devil facial tumor disease’ yang terbentuk di dalam & di sekeliling mulutnya. kanser ini menyebabkannya sukar makan sehingga menyebabkannya mati kelaparan.